SYARAT LANTIKAN
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
1. Warganegara Malaysia, keutamaan akan diberikan kepada pemohon daripada Negeri Kedah Darul Aman; dan
2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
3. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau mana-mana kelayakan yang sama taraf dengannya dan diiktiraf oleh kerajaan Malaysia; atau
4. Calon bagi lantikan hendaklah mendapat Lulus atau Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
DESKRIPSI TUGAS
UNIT FOTOGRAFI DAN VIDEOGRAFI
- Bertanggungjawab mengambil gambar dan video semasa acara rasmi LZNK seperti sidang media, majlis perasmian, atau acara sosial.
- Bertanggungjawab memastikan setiap detik yang penting dapat dirakam dengan jelas dan tepat, sesuai dengan keperluan LZNK.
UNIT PEMASARAN DIGITAL / PENGURUSAN LAMAN WEB
- Bertanggungjawab dalam pengurusan platform media sosial (Meta, TikTok, X, YouTube) serta iklan digital (Facebook Ads, Google Ads)
- Bertanggungjawab dalam menganalisis data (Google Analytics, Meta Insights, SEMrush) dan interpretasi laporan.
- Bertanggungjawab memahami strategi content marketing, SEO, inbound marketing dan CRM.
- Bertanggungjawak dalam membangun dan menyelenggara laman web LZNK.
UNIT REKA BENTUK DAN GRAFIK
- Bertanggungjawab menghasilkan grafik seperti logo, poster, brosur, infografik dan bahan pemasaran lain.
- Menyediakan reka bentuk dalam format yang sesuai untuk cetakan atau platform digital.
SYARAT TAMBAHAN
1. UNIT FOTOGRAFI DAN VIDEOGRAFI
- Mempunyai kemahiran asas dalam bidang fotografi dan videografi
- Mempunyai pengalaman dalam bidang fotografi dan videografi.
- Mahir menggunakan perisian suntingan video seperti Adobe Premiere, Capcut dan suntingan fotografi seperti Adobe Lightroom.
2. UNIT PEMASARAN DIGITAL / PENGURUSAN LAMAN WEB
- Mahir dalam pengurusan platform media sosial (Meta, Tiktok, X, YouTube) serta iklan digital (Facebook Ads, Google Ads)
- Mempunyai kemahiran dalam HTML, CSS, JavaScript dan asas PJP/MySQL.
3. UNIT REKA BENTUK DAN GRAFIK
- Pengalaman kerja minimum 3 tahun dalam reka bentuk grafik untuk organisasi, agensi atau NGO.
- Mahir dalam Adobe Illustrator, Photoshop, InDesign, serta alatan moden seperti Canva