PEGAWAI EKSEKUTIF GRED ZM301 (TEKNOLOGI MAKLUMAT)

  • LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH
  • Menara Zakat

SYARAT LANTIKAN

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia, keutamaan akan diberikan kepada pemohon daripada Negeri Kedah Darul Aman; dan
  2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  3. Ijazah dalam bidang Teknologi Maklumat, Sains Komputer atau mana-mana kelayakan yang sama taraf dengannya dan diiktiraf oleh kerajaan Malaysia;dan
  4. Calon bagi lantikan hendaklah mendapat Lulus atau Kepujian dalam subjek  Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan
  5. Mempunyai sijil profesional seperti CCNA, CompTIA Network+, MCSA atau ITIL adalah satu nilai tambah.

Pendidikan

  • IJAZAH

DESKRIPSI TUGAS

  • Merancang, menyelia dan menambah baik infrastruktur IT organisasi termasuk pelayan, rangkaian dan storan.
  • Mengurus sistem backup, pemulihan bencana (Disaster Recovery) dan keselamatan siber.
  • Memastikan kelancaran sistem rangkaian, sambungan internet dan peralatan berkaitan.
  • Menyelaras dan memantau sistem siaraya serta peralatan audio visual (AV).
  • Menyelia sistem telekomunikasi berasaskan IP seperti 3CX dan sistem PBX.
  • Meneroka dan menyokong inisiatif penggunaan teknologi baharu seperti AI, automasi dan integrasi sistem pintar.
  • Memberi sokongan teknikal kepada jabatan lain dan membimbing pasukan IT secara efektif.
  • Merangka pelan strategik jangka panjang bagi pembangunan dan penambahbaikan teknologi organisasi.

SYARAT TAMBAHAN

  • Mempunyai sekurang-kurangnya 5 tahun pengalaman dalam pengurusan infrastruktur IT, termasuk pengalaman dalam jawatan kepimpinan.
  • Mahir dalam pengurusan pelayan (Windows/Linux), sistem backup, virtualisasi (VMware,Hyper-V) dan storan data.
  • Berpengalaman dalam pengurusan rangkaian (Routing,Switching,Firewall).
  • Pengalaman dalam sistem telefon IP (IP telephony) seperti 3CX, PBX atau lain-lain sistem VoIP adalah diperlukan
  • Pengetahuan dalam sistem siaraya dan AV merupakan satu kelebihan.
  • Mempunyai asas pengetahuan tentang teknologi AI, automasi atau data analytics.
  • Berkebolehan memimpin, membuat keputusan strategik, serta memiliki komunikasi dan etika kerja yang cemerlang.
  • Boleh membaca Al-Quran dengan baik dan menjaga solat.
  • Sihat tubuh badan dan tidak merokok.

  • Tarikh Buka : 20 . 05 . 2025
  • Tarikh Tutup : 31 . 05 . 2025
  • Lokasi : Menara Zakat Kedah
  • Status Pekerjaan : KONTRAK
  • Jumlah Kekosongan Jawatan : 1

Lokasi LZNK

LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH