PENOLONG PEGAWAI EKSEKUTIF GRED ZP201

  • LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH
  • Menara Zakat

SYARAT LANTIKAN

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

1. Warganegara Malaysia, keutamaan akan diberikan kepada pemohon daripada Negeri Kedah Darul Aman; dan

2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

3. Diploma/ Asasi/ Matrikulasi/ STPM/ STAM/ Sijil daripada Politeknik atau mana-mana kelayakan yang sama taraf dengannya dan diiktiraf oleh kerajaan Malaysia (Kelayakan dalam bidang Pengajian Islam adalah satu kelebihan);

4. Calon bagi lantikan hendaklah mendapat Lulus atau Kepujian dalam subjek  Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Pendidikan

  • STAM / STPM / SIJIL MATRIKULASI / ASASI / DIPLOMA

DESKRIPSI TUGAS

  • Bertanggungjawab melaksanakan operasi kutipan dan agihan di Ibu Pejabat / Pejabat Zakat Daerah bagi mengoptimumkan kutipan zakat dan membangunkan sosio-ekonomi masyarakat.
  • Bertanggungjawab membantu melaksanakan hal ehwal pentadbiran dan kewangan di Ibu Pejabat / Pejabat Zakat Daerah bagi memperkasakan urus tadbir Lembaga Zakat Negeri Kedah.

SYARAT TAMBAHAN

  • Berkemahiran dalam menganalisis dan menyelesaikan masalah dan keupayaan untuk bekerja dengan pengawasan minimum.
  • Minimum 5 tahun pengalaman bekerja.
  • Mempunyai perwatakan dan sahsiah yang baik.
  • Boleh membaca Al-Quran dengan baik dan menjaga solat.
  • Sihat tubuh badan dan tidak merokok.
  • Keutamaan kepada calon lelaki sahaja.

  • Tarikh Buka : 22 . 07 . 2025
  • Tarikh Tutup : 31 . 07 . 2025
  • Lokasi : Menara Zakat Kedah
  • Status Pekerjaan : KONTRAK
  • Jumlah Kekosongan Jawatan : 2

Lokasi LZNK

LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH